Lawatan Tapak ke Pusat Pengumpulan E-Waste Di Cyberjaya
Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Ibupajabat, membuat lawatan tapak ke premis ERTH (BluBee Technologies Sdn. Bhd.) yang terletak di Cyberjaya. Lawatan ini telah dihadiri lima (5) pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya dan disambut oleh Pengasas / Pengarah Urusan BluBee Technologies, En. Mohamed Tarek El-Fatatry. Tujuan lawatan ini adalah untuk memantau aktiviti pengumpulan e-waste yang dijalankan sebagai salah sebuah pusat pengumpulan e-waste yang berdaftar.