Tanggungjawab Pihak Berkepentingan

  • Penjana adalah merujuk kepada individu atau sebuah entiti di mana e-waste dari isi rumah yang dijana dan dibuang terus ke dalam sistem. Ini termasuk individu, isi rumah, komersial dan institusi.
  • Penjana dikehendaki membuang e-waste dari isi rumah ke saluran pengumpulan yang formal. Semua e-waste perlu dihantar kepada pengumpul atau pusat pengumpulan berdaftar.
  • Dinasihatkan juga peralatan elektik dan elektronik digunakan dalam jangka masa yang lebih lama dan baiki sebaik mungkin sebelum dilupuskan.
  • Semua pusat pengumpulan e-waste / pengumpul / peruncit mesti berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar untuk mengutip / mengumpul e-waste dari isi rumah.

  • Pusat pengumpulan / pengumpul merujuk kepada pihak sedia ada, termasuk pembeli barang kitar semula, pusat kitar semula kerajaan tempatan, pusat pengumpulan syarikat konsesi, pengumpulan oleh organisasi kebajikan, badan bukan kerajaan, sekolah ataupun institusi, pengilang yang membuat inisiatif ‘take back’, komuniti dan persatuan penduduk dan sebagainya.

  • Pengumpul atau pusat pengumpulan berdaftar adalah diwajibkan untuk menghantar e-waste dari isi rumah yang dikumpul ke Kemudahan Pemerolehan Kembali E-waste yang memenuhi syarat dan ketetapan serta dilesenkan oleh JAS.

  • Peruncit merujuk kepada semua premis yang menjual peralatan elektrik dan elektronik kepada pengguna / consumer di mana e-waste dari isi rumah mesti diterima / dikumpul atas permintaan penjana.
  • Peruncit juga diwajibkan menghantar e-waste dari isi rumah kepada pusat pengumpulan berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali e-waste yang memenuhi syarat dan ketetapan serta dilesenkan oleh JAS.

Kemudahan Pemerolehan Kembali E-Waste merujuk kepada premis yang didaftarkan dan dilesenkan oleh JAS di atas keupayaan untuk memproses e-waste dari isi rumah, termasuk proses rawatan yang diperlukan seperti peleraian, pengurusan buangan berbahaya seperti plumbum di dalam kaca CRT daripada Televisyen. Kemudahan Pemerolehan Kembali E-Waste adalah pusat rawatan utama e-waste dari isi rumah yang dilengkapi langkah keselamatan, alat kawalan pencemaran dan menjalankan aktiviti kitar semula secara mesra alam.

Hubungi Kami

Bahagian Bahan Berbahaya,
Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Alam Sekitar dan Air,
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli,
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan

Talian Aduan: 03-8889 1972
Talian Hotline: 1-800-88-2727
Talian Umum: +603-8871 2000/2200
Faks: +603-8888 9987 /+603-8888 6120
Emel: ewaste_hh@doe.gov.my

Jumlah Kunjungan

Pengunjung: 5128
Hari Ini: 3
Jumlah: 902557

Ikuti Kami