Lawatan Tapak Ke Kemudahan Pemerolehan Kembali Di Melaka

Lawatan ke kemudahan pemerolehan kembali Meriahtek(M) Sdn. Bhd. dihadiri oleh empat (4) orang pegawai dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat, tiga (3) orang wakil dari JAS Negeri Melaka, serta dua (2) orang wakil dari JICA. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti teknologi yang digunakan oleh Meriahtek(M) Sdn. Bhd. bagi mengitar semula e-waste.