Program Pengumpulan E-Waste Di Melaka

Tarikh : 29 Januari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : AEON Mall Bandaraya Melaka
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka
2. Meriahtek (M) Sdn. Bhd.

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka dengan kerjasama Meriahtek (M) Sdn. Bhd. telah menjayakan program pengumpulan e-waste. Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah menetapkan hari Sabtu terakhir setiap bulan ialah Hari Pengumpulan E-Waste di Malaysia.

Sehubungan itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyEwaste di telefon pintar untuk mengetahui lokasi pusat pengumpulan e-waste berdaftar di Malaysia. Selain aktiviti kutipan e-waste, terdapat juga hebahan berkaitan larangan pembakaran terbuka, pameran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS).