Program Pengumpulan E-Waste Di Shah Alam, Selangor

Tarikh : 29 Januari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Pusat Kitar Semula MBSA Seksyen U2, Shah Alam
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor
2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
3. T-Pot Sdn. Bhd.

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  dan T-Pot Sdn. Bhd. telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste).

Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Aktiviti ini adalah satu usaha mencegah orang ramai daripada melupuskan e-waste ke tempat yang tidak sepatutnya. Orang ramai yang hadir untuk melupuskan e-waste perlu mematuhi SOP penjarakkan fizikal yang ditetapkan oleh MKN dan hanya perlu menurunkan e-waste di tempat pengumpulan.