Taklimat Mengenai Tatacara Pendaftaran Sebagai Pusat Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjemput Bahagian Bahan Berbahaya, JAS Putrajaya untuk memberi taklimat mengenai tatacara pendaftaran sebagai pusat pengumpulan e-waste di Negeri Sembilan pada 15 Februari 2022 bagi memastikan e-waste diuruskan dengan tatacara yang betul dan memastikan pengurusan dan pengumpulan e-waste dapat dilaksanakan dengan lebih Environmentally Sound Management (ESM). Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil daripada Cenviro Sdn. Bhd, SWM Environment Negeri Sembilan, dan MC Asset Malaysia Sdn. Bhd.