Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Sarawak
Tarikh | : 26 Februari 2022 |
Masa | : 8.00 a.m. – 1.00 p.m. |
Tempat | : Kawasan Lapang Berhadapan Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC, Kuching |
Penganjur | 1. JAS Negeri Sarawak 2. Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak 3. GVE Strategic Waste Sdn. Bhd. 4. JKKK Taman Satria Jaya BDC dan Taman BDC Stampin |
Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal & Elektronik (E-Waste) telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Kawasan Lapang Berhadapan Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC, Kuching dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini.
Kempen tersebut telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, GVE Strategic Waste Sdn. Bhd. dan JKKK Taman Satria Jaya BDC dan Taman BDC Stampin.
Pelbagai jenis peralatan elektrikal dan elektronik yang telah rosak dibawa oleh para penduduk sekitar yang menyahut seruan kempen tersebut. Para penduduk yang membawa e-waste turut diterangkan mengenai kesan buruk kepada alam sekitar sekiranya pelupusan e-waste tidak dilakukan dengan sempurna.