Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Terengganu

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Hentian Bas, Marang, Terengganu
Penganjur 1. JAS Negeri Terengganu
2. Majlis Daerah Marang
3. SWCorp Malaysia
4. Syarikat KT Wan Recycle

Majlis Daerah Marang (MDM), dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah  menganjurkan program “Pengumpulan E-Waste Bagi Daerah Marang“.  Program ini ini telah diadakan di Hentian Bas, Marang, Terengganu.

Sejumlah lebih 500 kilogram e-waste berjaya dikumpulkan. Kejayaan dalam penganjuran program ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita akan kepentingan buangan ewaste ini dilupuskan dengan betul dan selamat semakin meningkat. Ianya juga bagi mengelakkan buangan e-waste ini dilupuskan di tapak pelupusan sampah awam yang berpotensi mencemarkan kualiti alam sekitar.

Kerjasama dan sokongan berterusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta  syarikat pembawa  yang berlesen ini, akan menjadi pemangkin kepada JAS bagi meneruskan program ini pada masa akan datang.