Program Pengumpulan E-Waste Di Dungun, Terengganu

Tarikh : 15 Januari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Bersebelahan Bangunan Eco Shop, Sura Gete, Dungun
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu
2. Majlis Perbandaran Dungun (MPD)
3. Syarikat Awie Metal Sdn.Bhd.

 

Sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan Majlis Perbandaran Dungun (MPD)  kepada program pengumpulan e-waste oleh Syarikat Awie Metal Sdn.Bhd. telah membuahkan hasil, apabila program ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat sekitar daerah Dungun, setelah program ini dihentikan sementara sejak negeri Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Program ini telah diadakan bersebelahan Bangunan Eco Shop, Sura Gete, Dungun, bermula jam 9 pagi hingga 1.00 tengahari. Ianya mensasarkan penduduk sekitar daerah Dungun untuk datang beramai-ramai bagi melupuskan buangan e-waste ini  secara betul dan selamat.

Antara barang yang telah dihantar adalah televisyen, komputer peribadi, mesin basuh, pendingin hawa, peti ais, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektrik dan elektronik di rumah.

Program ini akan diadakan secara berterusan dalam membantu masyarakat khususnya di negeri Terengganu ini, melupuskan buangan e-waste ini ditempat yang betul dan selamat demi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dikekalkan.