Program Pengumpulan E-Waste Di Melaka
| Tarikh | : 29 Januari 2022 | 
| Masa | : 9.00 a.m. – 5.00 p.m. | 
| Tempat | : AEON Mall Bandaraya Melaka | 
| Penganjur | 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka 2. Meriahtek (M) Sdn. Bhd.  | 
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka dengan kerjasama Meriahtek (M) Sdn. Bhd. telah menjayakan program pengumpulan e-waste. Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah menetapkan hari Sabtu terakhir setiap bulan ialah Hari Pengumpulan E-Waste di Malaysia.
Sehubungan itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi MyEwaste di telefon pintar untuk mengetahui lokasi pusat pengumpulan e-waste berdaftar di Malaysia. Selain aktiviti kutipan e-waste, terdapat juga hebahan berkaitan larangan pembakaran terbuka, pameran alam sekitar dan pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS).