Program Pengumpulan E-Waste Di Shah Alam, Selangor
Tarikh | : 29 Januari 2022 |
Masa | : 9.00 a.m. – 1.00 p.m. |
Tempat | : Pusat Kitar Semula MBSA Seksyen U2, Shah Alam |
Penganjur | 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor 2. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) 3. T-Pot Sdn. Bhd. |
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan T-Pot Sdn. Bhd. telah menjalankan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste).
Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 1.00 tengah hari. Aktiviti ini adalah satu usaha mencegah orang ramai daripada melupuskan e-waste ke tempat yang tidak sepatutnya. Orang ramai yang hadir untuk melupuskan e-waste perlu mematuhi SOP penjarakkan fizikal yang ditetapkan oleh MKN dan hanya perlu menurunkan e-waste di tempat pengumpulan.