Program Kemuncak Pengumpulan E-Waste 2021

JOM E-WASTE FIESTA

Tarikh :  27 November 2021

Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat telah menganjurkan Program Kemuncak Pengumpulan E-Waste 2021 : Jom E-Waste Fiesta dengan kerjasama AEON dan ERTH di Pusat Membeli Belah AEON Setiawangsa Kuala Lumpur. Program kemuncak pengumpulan e-waste ini diadakan pada tahun ini bagi menyokong aspirasi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengiktiraf hari Sabtu terakhir setiap bulan sebagai Hari Pengumpulan E-Waste. Inisiatif ini diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan pengurusan e-waste secara mesra alam dan lestari. Dalam mengukur keterlibatan orang awam dan keberhasilan program-program kesedaran yang dilaksanakan, KASA telah menetapkan sasaran pengumpulan e-waste sebanyak 800 tan metrik (MT) bagi tahun 2021. Bagi menyahut slogan e-waste iaitu “E-waste Dikitar Bumi Terpelihara” dan sasaran pengumpulan e-waste bagi tahun 2021, pelbagai kempen dan program pengumpulan e-waste telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri bersama-sama pusat-pusat pengumpulan e-waste di seluruh negara dari Januari 2021 sehingga kini.

 

Saksikan ulangan majlis pelancaran bagi program ini di saluran Youtube Jabatan Alam Sekitar.

      Contact Us

      Hazardous Substances Division,
      Department of Environment,
      Ministry of Environment and Water,
      Level 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli,
      No.25, Persiaran Perdana, Presint 4,
      62574 Putrajaya, Malaysia.

      Complaint Line

      Complaint Line: 03-8889 1972
      Hotline: 1-800-88-2727
      General Line: +603-8871 2000/2200
      Fax: +603-8888 9987 /+603-8888 6120
      Email: ewaste_hh@doe.gov.my

      Visitor Counter

      Visits: 1457
      Today: 2
      Total: 795360

      Follow Us