Soalan Lazim

Apakah itu E-waste?

E-waste adalah peralatan elektrik dan elektronik yang rosak, tidak berfungsi atau lama / usang seperti mesin basuh, peti sejuk, televisyen, komputer peribadi / desktop, penghawa dingin dan telefon bimbit.

Apa yang perlu saya lakukan dengan e-waste?

Hantar / lupus e-waste anda ke pusat pengumpulan yang berdaftar SAHAJA untuk pengendalian dan pengurusan e-waste secara mesra alam.

Mengapa saya perlu mengitar semula e-waste?

E-waste mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum, kadmium, merkuri, arsenik, kromium, biphenyl polychlorinated dan lain-lain. Sekiranya e-waste dibuang sesuka hati seperti ke tapak pelupusan sampah, sungai atau melakukan aktiviti pembakaran, bahan kimia toksik akan dilepaskan sehingga memberi kesan kepada alam sekitar ( udara, tanah, air) dan kesihatan manusia. E-waste juga mengandungi logam berharga seperti emas, tembaga, palladium dan perak yang mempunyai nilai kitar semula yang tinggi.

Apakah jenis e-waste yang boleh saya hantar ke pusat pengumpulan?

Buangan elektronik seperti Mesin Basuh / Pengering, Televisyen, Komputer / Komputer riba, Telefon bimbit, Pendingin Hawa dan Peti Sejuk boleh dihantar ke pusat pengumpulan. Walau bagaimanapun, senarai item adalah tidak terhad, anda boleh bertanya kepada collector sekiranya mereka ada menerima jenis e-waste lain.

Di manakah saya boleh mencari pusat pengumpulan e-waste?

Dapatkan senarai pusat pengumpulan berdaftar di sini atau melalui aplikasi mudah alih kami MyEwaste yang terdapat di Apple App Store dan Google Play Store.

 

Mengapa terdapat 6 item e-waste sahaja?

Pada masa ini, hanya 6 item e-waste yang dikawal di bawah Sistem Pengurusan E-waste di Malaysia yang dibangunkan oleh JAS. Buangan elektronik lain seperti peralatan kecil (CD player, pengering rambut, ketuhar gelombang mikro, pencetak dll) akan termasuk pada masa akan datang seiring dengan kemajuan sistem.

Adakah terdapat insentif yang diberikan sekiranya saya menghantar e-waste kepada collector?

Ya. Insentif adalah inisiatif sukarela oleh collector dan anda boleh menghubungi collector untuk mengetahui lebih lanjut mengenai insentif yang diberikan.

Adakah mana-mana pusat pengumpulan menyediakan perkhidmatan servis pengambilan e-waste?

Ya. Terdapat pusat pengumpulan yang menawarkan perkhidmatan pengambilan e-waste dan anda boleh mendapatkan maklumat di sini.

 

Mengapa tidak ada pusat pengumpulan yang didaftarkan di kawasan saya?

Jabatan kami masih berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak pusat pengumpulan baru di seluruh negara.

Adakah saya memerlukan lesen untuk menganjurkan kempen pengumpulan e-waste?

Tiada lesen diperlukan dari jabatan untuk menganjurkan acara tersebut. Walau bagaimanapun, penganjur bertanggungjawab untuk memastikan bahawa e-waste yang dikumpulkan diuruskan dengan betul dan dihantar ke registered collector/ recovery facility.

 

Apakah aliran sistem pengurusan e-waste?

E-waste dari pengguna  ->    Pusat Pengumpulan Berdaftar  ->    Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak.

Dapatkan aliran sistem pengurusan e-waste di sini.

 

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah e-waste?

Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini sedang mewujudkan Sistem Pengurusan Sisa Elektrik dan Elektronik di Malaysia. Dalam sistem ini, satu kerangka dibangunkan yang meliputi pengurusan e-waste dari penjanaan ke pelupusan dan melaksanakan konsep Extended Producer’s Responsibility serta tanggungjawab bersama antara semua pihak yang berkepentingan (pengilang / pengimport, peruncit, pengguna / penjana buangan, pengumpul dan pengitar semula).

Adakah undang-undang wajib untuk e-waste dari isi rumah?

Secara umumnya, e-waste kod SW110 adalah dikawal di bawah Jadual Pertama, Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walau bagaimanapun, kawalan dan pengurusan buangan elektrik dan elektronik dari isi rumah (dari penjana sehinggan ke pelupusan) akan dikawal selia di bawah sistem pengurusan e-waste yang kini sedang dibangunkan oleh jabatan.

Sebagai pengumpul, di mana saya boleh menghantar semua e-waste yang saya kumpulkan dari pengguna / penjana?

Anda mesti menghantar e-waste yang dikumpulkan ke kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan sahaja.

 

 

Bagaimana saya ingin memohon untuk menjadi pusat pengumpulan yang berdaftar?

Anda boleh menghantar e-mel kepada kami ke ewaste_hh@doe.gov.my dan kami akan menyediakan borang pendaftaran kepada anda.

 

 

Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses permohonan sebagai pusat pengumpulan yang berdaftar?

Dalam masa 2-3 minggu setelah Jabatan menerima maklumat lengkap dari pemohon.

Bagaimana cara untuk memohon lesen kemudahan pemerolehan kembali luar tapak e-waste?

Lesen boleh dimohon daripada JAS Negeri di mana lokasi premis beroperasi.

Siapa yang harus saya rujuk jika ada pertanyaan mengenai e-waste?

Anda boleh menghantar e-mel pertanyaan anda ke ewaste_hh@doe.gov.my atau berunding dengan wakil kami dari Bahagian Bahan Berbahaya, Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar.

Hubungi Kami

Bahagian Bahan Berbahaya,
Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Alam Sekitar dan Air,
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli,
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan

Talian Aduan: 03-8889 1972
Talian Hotline: 1-800-88-2727
Talian Umum: +603-8871 2000/2200
Faks: +603-8888 9987 /+603-8888 6120
Emel: ewaste_hh@doe.gov.my

Jumlah Kunjungan

Pengunjung: 8033
Hari Ini: 7
Jumlah: 1037500

Ikuti Kami