Program Pengumpulan E-Waste Di Pulau Pinang
| Tarikh | : 19-20 Mac 2022 | 
| Masa | : 9.00 a.m. – 3.00 p.m. | 
| Tempat | : Rumah Sisa, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam | 
| Penganjur | 1. JAS Negeri Pulau Pinang 2. UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam 3. MM Century Sdn. Bhd.  | 
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan MM Century Sdn. Bhd. telah mengadakan program kutipan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) isi rumah. Program kutipan e-waste ini telah diadakan di kawasan Rumah Sisa, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan mendapat sambutan positif daripada warga UiTM serta penduduk setempat. Program 2 hari itu berjaya mengumpul lebih 700 kilogram e-waste.