Program Pengumpulan E-Waste Di Pulau Pinang

Tarikh : 19-20 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 3.00 p.m.
Tempat : Rumah Sisa, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam
Penganjur 1. JAS Negeri Pulau Pinang
2. UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam
3. MM Century Sdn. Bhd.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan MM Century Sdn. Bhd. telah mengadakan program kutipan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) isi rumah. Program kutipan e-waste ini telah diadakan di kawasan Rumah Sisa, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam dan mendapat sambutan positif daripada warga UiTM serta penduduk setempat. Program 2 hari itu berjaya mengumpul lebih 700 kilogram e-waste.