MESYUARAT TEKNIKAL JAS-JICA BERKAITAN PEMBANGUNAN USER REQUIREMENT SYSTEM (URS) SISTEM PENGURUSAN MEKANISME PENGURUSAN E-WASTE

Tarikh : 24 Mei 2023
Masa : 9.30 a.m. – 12.00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat Cempaka, JAS HQ

 

Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Teknikal JAS-JICA bagi membangunkan URS sistem pangkalan data mekanisme pengurusan e-waste di Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Nur Lizrin Binti Johari, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Scheduled E-Waste, Bahagian Bahan Berbahaya. Pembangunan URS sistem pangkalan data ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Fasa Ketiga 2021-2023 kerjasama JAS-JICA di bawah projek ‘The Project For Implementation Scheduled E-Waste Management Mechanism in Malaysia’. Adalah diharapkan sistem pangkalan data yang akan dibangunkan oleh JAS kelak akan dapat membantu dalam memantau dan menguatkuasakan mekanisme pengurusan e-waste di Malaysia.