Program Pengumpulan E-Waste Di Kuala Nerus, Terengganu

Tarikh : 22 Januari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 3.00 p.m.
Tempat : Tapak Pasar Malam Gong Badak, Kuala Nerus
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu
2. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (Cawangan Kuala Nerus)
3. Pejabat Daerah Kuala Nerus
4. Syarikat KT Wan Recycle

 

Program Kutipan E-Waste yang diadakan di Tapak Pasar Malam Gong Badak, Kuala Nerus mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Kuala Nerus walaupun ini merupakan program kutipan e-wasteyang pertama di kawasan itu.

YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah JAS Terengganu yang hadir bersama Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad berkata pihaknya berjaya mengutip lebih tiga tan e-waste.

Beliau memberi jaminan bahawa program seperti ini akan diteruskan untuk memastikan e-waste diurus dengan betul dan selamat, demi kesejahteraan alam sekitar dan seluruh kehidupan.