Program Pengumpulan E-Waste Di Seremban, Negeri Sembilan

Tarikh : 29 Januari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Taman Murugesu, Seremban
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan
2. Persatuan Penduduk Murugesu Garden dan Ampangan Hill
3. SWM Environment Negeri Sembilan

 

Persatuan Penduduk Murugesu Garden dan Ampangan Hill dengan sokongan SWM Environment Negeri Sembilan dan JAS Negeri Sembilan telah menjalankan Program pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta barangan kitar semula pada hari ini bertempat di Taman Murugesu, Seremban.

Program kutipan pada hari ini bukan sahaja mengumpul buangan e-waste malah juga mengumpul buangan seperti kertas, plastik dan lain-lain. Program pengumpulan yang diadakan sejak tahun 2021 yang lalu diteruskan lagi pada tahun ini sebagai salah satu usaha komuniti dalam membantu memelihara alam sekitar.