Program Pengumpulan E-Waste Di Besut, Terengganu

Tarikh : 5 Februari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Dewan Terbuka Gong Kemuntong, Besut, Terengganu
Penganjur 1. JAS Negeri Terengganu
2. Majlis Daerah Besut (MDB)
3. Syarikat KT Wan Recycle

Majlis Daerah Besut (MDB) dengan sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan KT Wan Recycle telah bekerjasama dalam program program kutipan e-waste untuk penduduk Besut. Program ini yang pertama kali dianjurkan di daerah ini telah diadakan di Dewan Terbuka Gong Kemuntong, Besut, Terengganu.

Sambutan orang ramai amat menggalakkan dengan jumlah kutipan melebihi satu tan. Kejayaan penganjuran program ini menunjukkan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita terhadap bahaya sekiranya sisa ewaste ini dilupuskan tanpa cara yang betul.

Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Terengganu dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pengangkut berlesen dan kemudahan pemulihan separa berlesen akan diteruskan untuk memastikan e-waste diurus dan dilupuskan dengan betul dan selamat sebagai respons kepada slogan “E-waste Dikitar Bumi Terpelihara “