Sesi Mesyuarat Bersama Industri Dan Agensi Terpilih Bagi Mempromosikan Program Pengumpulan E-Waste

Satu mesyuarat bersama pihak industri dan agensi yang terpilih telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka bagi menghebahkan berkaitan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste).

Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan program sepertimana kempen yang telah dilancarkan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang menetapkan bahawa Sabtu terakhir setiap bulan adalah hari pengumpulan e-waste di Malaysia untuk dilaksanakan dikalangan pekerja agensi masing-masing.