Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan

Tarikh : 26 Februari 2022
Masa : 09.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Rumah Pangsa Senawang 2, Seremban
Penganjur 1. JAS Negeri Sembilan
2. SWM Environment Sdn. Bhd.
3. Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang 2

Selaras dengan kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Senawang 2 dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menjalankan kempen pengumpulan tersebut pada hari ini bertempat di Rumah Pangsa Senawang 2, Seremban.

Program kutipan pada hari ini bukan sahaja mengumpul buangan e-waste malah juga mengumpul buangan-buangan lain yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik dan lain-lain.