Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Terengganu

Tarikh : 27 Februari 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Perkarangan KMI Kuala Terengganu Medical Centre
Penganjur 1. JAS Negeri Terengganu
2. KMI Kuala Terengganu Medical Centre
3. Syarikat KT Wan Recycle

Hujan lebat dan angin kencang sejak semalam, tidak menghalang usaha dan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu bersama Pusat Perubatan KMI Kuala Terengganu dan KT Wan Recycle, untuk meneruskan “Program Pengumpulan Sisa Elektrik dan Elektronik” di Perkarangan KMI Kuala Pusat Perubatan Terengganu hari ini.

Sebanyak 200 kg berjaya dikutip hasil sambutan berterusan orang ramai. Ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin meningkat berikutan usaha kerajaan menggalakkan orang ramai melupuskan sisa buangan mengikut kaedah selamat dan mesra alam.

JAS Negeri Terengganu sentiasa optimis dengan kerjasama pelbagai pihak, usaha memulihara alam sekitar khususnya di negeri ini akan terus dilaksanakan dengan jayanya.