Program Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan
| Tarikh | : 23 Mac 2022 | 
| Masa | : 9.00 a.m. – 5.00 p.m. | 
| Tempat | : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek | 
| Penganjur | 1. JAS Negeri Sembilan 2. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek 3. SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan  | 
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjurkan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) semasa program kesedaran mengenai larangan pembakaran gambut dan pembakaran terbuka hari ini di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.
Program kutipan e-waste dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan melalui Program KITARecycle, yang dibangunkan oleh SWM Environment bertujuan untuk memberi kesedaran tentang prosedur pelupusan e-waste yang betul. SWM Environment bukan sahaja menerima e-waste tetapi juga barangan kitar semula lain untuk dilupuskan.
Program kutipan e-waste ini diadakan sempena sambutan “Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022” dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.