Program Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan

Tarikh : 23 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek
Penganjur 1. JAS Negeri Sembilan
2. Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek
3. SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjurkan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) semasa program kesedaran mengenai larangan pembakaran gambut dan pembakaran terbuka hari ini di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.

Program kutipan e-waste dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan melalui Program KITARecycle, yang dibangunkan oleh SWM Environment bertujuan untuk memberi kesedaran tentang prosedur pelupusan e-waste yang betul. SWM Environment bukan sahaja menerima e-waste tetapi juga barangan kitar semula lain untuk dilupuskan.

Program kutipan e-waste ini diadakan sempena sambutan “Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022” dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.