Program Pengumpulan E-Waste Di Pahang

Tarikh : 25 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Tapak Kiosk Kitar Semula Taman Permai, Bera
Penganjur 1. JAS Negeri Pahang
2. Majlis Daerah Bera
3. SWCorp Malaysia
4. Jaring Metal Industries Sdn. Bhd.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) sempena “Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan” di Tapak Kiosk Kitar Semula Taman Permai, Bera.

Program kerjasama dengan Majlis Daerah Bera, SWCorp Malaysia, Jaring Metal Industries Sdn. Bhd. dan rakan strategik bertujuan untuk memberi kesedaran tentang prosedur pelupusan e-waste yang betul, dan di samping itu program pendaftaran untuk Rakan Alam Sekitar (RAS) dijalankan serentak untuk menggalakkan masyarakat setempat menyertai RAS.