Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Perlis

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Dewan Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis
Penganjur 1. JAS Negeri Perlis
2. Pihak Pengurusan Dewan Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis

Selaras dengan kempen berterusan Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis komited dalam melaksanakan program di Dewan Kampung Belakang Kilang, Kuala Perlis, Perlis.

Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan & penduduk kampung yang telah menjayakan program kali ini dengan kutipan melebihi 50 kilogram e-waste.