Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Sarawak

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 8.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Taman Desa Guru, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya
Penganjur 1. JAS Negeri Sarawak
2. Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak
3. JKKK Taman Desa Guru

 

Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) telah berlangsung dengan jayanya di kawasan lapang berhampiran pintu masuk ke Taman Desa Guru, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kempen ini adalah anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sarawak dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama JKKK Taman Desa Guru. Sebanyak lebih 20 tan metrik e-waste telah dikutip pada hari tersebut.