Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Pulau Pinang

Tarikh : 26-27 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 3.00 p.m.
Tempat : Pasar dan Kompleks Makan Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Penganjur 1. JAS Negeri Pulau Pinang
2. Majlis Bandaraya Pulau Pinang
3. Persatuan Penduduk Tanjung Bungah
4. Shan Poornam Metals Sdn. Bhd.

 

Kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) isi rumah telah diadakan di Pasar dan Kompleks Makan Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Program itu diadakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Persatuan Penduduk Tanjung Bungah dan rakan strategik Shan Poornam Metals Sdn. Bhd. Program yang diadakan selama 2 hari ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat dan jumlah kutipan e-waste adalah melebihi 2000 kilogram.