Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 9.00 a.m. – 5.00 p.m.
Tempat : Taman Murugesu, Seremban
Penganjur 1. JAS Negeri Sembilan
2. Persatuan Penduduk Taman Albury 2, Lenggeng
3. SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan

 

Persatuan Penduduk Taman Albury 2, Lenggeng dengan sokongan SWM Environment Negeri Sembilan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan turut menjalankan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta barangan kitar semula pada hari ini bertempat di Taman Murugesu, Seremban selaras dengan hari pengumpulan e-waste pada hari Sabtu terakhir setiap bulan.

Program kutipan pada hari ini mengumpul buangan e-waste dan buangan kitar semula seperti kertas, plastik dan lain-lain. Sokongan yang diterima daripada komuniti setempat adalah sangat menggalakkan. Justeru program ini yang bermula pada tahun 2021 diteruskan dengan jayanya sehingga kini sebagai salah satu usaha komuniti dalam membantu memelihara alam sekitar.