Webinar Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) Di Sekolah

Tarikh : 15 April 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Platform Google Meet & YouTube
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak
2. Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, Perak

 

Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menyampaikan ceramah melalui webinar bertajuk Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (E-Waste) di Sekolah pada hari ini secara langsung menerusi platform Google Meet dan Youtube anjuran Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf.

Ceramah telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JAS Perak, Encik Mohamad Zamzani Bin Ibrahim kepada lebih 200 orang yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf, pelajar-pelajar dan ibu bapa serta termasuklah guru-guru sekolah dari seluruh Perak.