Mesyuarat Penyelarasan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste)

Tarikh : 18 April 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Pejabat JAS Negeri Perak
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak
2. Rakan Strategik

 

Jabatan Alam Sekitar Perak pada hari ini telah menganjurkan mesyuarat penyelarasan kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) bersama rakan strategik bertempat di pejabat JAS Perak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan JAS Perak, Encik Muhamad Rizal Bin Ramli.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah perancangan pelancaran kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) peringkat sekolah dan pihak berkuasa tempatan.