Program Pengumpulan E-Waste Di Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Tarikh : 22 April 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : FGV Innovation Center, Bandar Enstek, Negeri Sembilan
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan
2. FGV Innovation Centre, Bandar Enstek
3. SWM Environment Negeri Sembilan

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput merasmikan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) anjuran FGV Innovation Centre, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

FGV Innovation Centre, Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menganjurkan program pengumpulan ini di peringkat kakitangan FGV Innovation Centre, Bandar Enstek bermula 18 – 22 April 2022.

Program ini adalah kerjasama antara FGV Innovation Centre Bandar Enstek, JAS Negeri Sembilan dan SWM Environment Negeri Sembilan.