Program Pengumpulan E-Waste Di Negeri Sembilan

Tarikh : 25 April 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : Negeri Sembilan
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan
2. Cenviro Sdn. Bhd.

 

PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE SEMPENA PERTANDINGAN PENGUMPULAN E-WASTE ISI RUMAH PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN

JAS Negeri Sembilan sedang menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Dari Isi Rumah (Household E-Waste) Peringkat Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan Tahun 2022 yang telah bermula pada 15 Februari hingga 30 September 2022 nanti.

Bersempena dengan pertandingan tersebut, SK Kompleks KLIA, Bandar Enstek komited menjalankan kempen pengumpulan di peringkat sekolah dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan Cenviro Sdn. Bhd. Komitmen dan semangat SK Kompleks KLIA ini boleh dijadikan sebagai contoh oleh sekolah-sekolah lain yang telah mendaftar dalam pertandingan yang sedang dianjurkan.