Program Kesedaran Alam Sekitar Di SMK Sungai Pasir Kechil, Kedah

Tarikh : 18 Mei 2022
Masa : 9.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : SMK Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah
2. SMK Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah menerima jemputan dari SMK Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani, Kedah untuk mengadakan aktiviti pameran dan ceramah sebagai mengisi slot kokurikulum di sekolah. Selain aktiviti ceramah dan pameran, kempen pengumpulan buangan elektrik dan elektronik di kalangan warga sekolah juga telah diadakan dengan menerangkan kepentingan menguruskan buangan elektrik dan elektronik dengan betul.

Diharap dengan bermulanya fasa endemik ini, pelbagai aktiviti kesedaran alam sekitar akan dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah agar kesedaran ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar akan dapat terus disampaikan kepada seluruh warga sekolah di negeri Kedah.