Sambutan Hari Pengumpulan E-Waste Di Perlis

Tarikh : 28 Mei 2022
Masa : 9.00 a.m. – 4.00 p.m.
Tempat : Perkarangan Tabika Kemas Kampung Che Ok
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perlis
2. Tabika Kemas Kampung Che Ok, Tambun Tulang

 

Selaras dengan kempen Hari Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) yang sedang berlangsung pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, JAS Perlis komited untuk melaksanakan program di Perkarangan Tabika Kemas Kampung Che Ok, Tambun Tulang, Perlis. Program ini turut disertai dengan aktiviti mengutip sampah sambil riadah (KUDAH) di sekitar Sungai Tambun Tulang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan & penduduk kampung yang menjayakan program kali ini.