Aktiviti Pameran Dan Kesedaran Alam Sekitar Di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan

Tarikh : 1 Jun 2022
Masa : 8.00 a.m. – 1.00 p.m.
Tempat : SJK (C) Kuo Min, Nilai, Negeri Sembilan
Penganjur 1. JAS Negeri Sembilan
2. Hospital Aurelius Nilai
3. SJK (C) Kuo Min

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah dijemput mengadakan pameran kesedaran alam sekitar oleh Hospital Aurelius Nilai di SJK (C) Kuo Min bagi memberi kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Aktiviti pameran memfokuskan kempen pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) di kalangan warga sekolah dalam menguruskan e-waste dengan betul dan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Diharapkan program ini menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar dan warga sekolah untuk terus membudayakan amalan melestarikan alam sekitar agar alam sekitar terus terpelihara dan dipulihara.