Lawatan Tapak Sekitar Taman Perumahan Seremban 2 Untuk Kempen Kutipan E-Waste

Tarikh : 2 Jun 2022
Masa : 9.00 a.m. – 12.00 p.m.
Tempat : Taman Perumahan Seremban 2
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan
2. IJM Land Berhad
3. SWM Environment Sdn Bhd
4. SW Corp. Malaysia

 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan tapak bersama penganjur IJM Land Berhad dan agensi yang terlibat iaitu SWM Environment Sdn Bhd dan SW Corp. Malaysia di sekitar kawasan perumahan Seremban 2 untuk program promosi dan kutipan e-waste sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia Negeri Sembilan 2022 pada 5 Jun 2022.

Aktiviti mengumpul Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) dalam kalangan penduduk kawasan perumahan ini merupakan inisiatif ke arah kesedaran kitar semula e-waste serta mempromosikan kempen kitar semula e-waste dengan memberi pendedahan dan penerangan tentang kepentingan mengurus dan melupuskan e-waste dengan betul.

Aktiviti kutipan e-waste ini diharap dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran kitar semula e-waste agar kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar akan berterusan kepada semua penduduk kawasan perumahan di Negeri Sembilan.