Majlis Pelancaran Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Sekolah-Sekolah Di Negeri Sembilan 

Tarikh : 16 Jun 2022
Masa : 9.00 a.m. – 12.00 p.m.
Tempat : d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan
Penganjur 1. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan
2. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
3. Cenviro Sdn. Bhd.

 

YB Tuan Veerapan a/l Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan telah berbesar hati merasmikan Majlis Pelancaran Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) Peringkat Sekolah-sekolah di Negeri Sembilan hari ini bertempat di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Pertandingan pengumpulan ini diadakan bermula 15 Februari 2022 hingga 30 September 2022. Pertandingan adalah anjuran kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Cenviro Sdn. Bhd.