Japan International Cooperation Agency

TASKFORCE 2 – PENGURUSAN KITAR SEMULA E-WASTE TERJADUAL
28 Jun 2022

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang menjalankan projek kerjasama teknikal bertajuk “The Project for Implementation of Scheduled E-Waste Management System in Malaysia” bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) bermula dari 2021 hingga 2024. Bagi mencapai objektif dan output projek, empat (4) pasukan petugas telah ditubuhkan.

Mesyuarat pertama taskforce 2: Pengurusan Kitar Semula E-Sisa Berjadual telah diadakan pada 28 Jun 2022 secara hibrid (fizikal dan atas talian). Anggota taskforce 2 terdiri daripada kemudahan pemerolehan kembali berlesen dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Pengerusi Puan Thahirah Kamarulzaman dari Bahagian Bahan Berbahaya, JAS secara ringkas memperkenalkan latar belakang dan objektif TC3 dan menekankan kepentingan jawatankuasa pasukan petugas untuk membincangkan dan mengumpul input ke arah pemuktamadkan Garis Panduan Kitar Semula.

Dalam mesyuarat itu, ahli telah meminta beberapa penjelasan mengenai perkara berkaitan mekanisme dan garis panduan seperti pengiraan kadar kitar semula, rawatan bahan tertumpu (berbahaya), kemampanan perniagaan, pelesenan di bawah peraturan baharu, kos logistik dan subsidi, serta pembaikan dan penggunaan semula e-waste.

Mesyuarat taskforce 2 seterusnya dijadualkan diadakan pada bulan September dengan perbincangan utama mengenai bahan tertumpu dan kadar kitar semula untuk setiap barangan.