Bengkel Serantau Berkaitan Pengurusan E-Waste Dari Isi Rumah

Bengkel Serantau Mengenai Pengurusan E-Waste Dari Isi Rumah telah diadakan pada 22 dan 23 November 2017 di Le Meridien Hotel, Putrajaya. Ia dianjurkan bersama oleh JAS dan JICA, serta dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sr. Dr. Azimuddin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bengkel ini mengumpulkan 62 orang termasuk perwakilan dari agensi kerajaan yang berkaitan di Malaysia, serta pegawai alam sekitar dari enam negara jiran, iaitu, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand, ROC (Taiwan), dan Singapura, yang bertujuan untuk menyediakan platform dan peluang yang baik untuk mereka bertukar maklumat dan amalan terbaik mengenai pengurusan e-waste dari isi rumah di setiap negara.

Sebelum bengkel dijalankan, turut hadir sama di dalam majlis pelancaran ialah Yang Berhormat, Tuan Hiroyuki Orikasa, Menteri Kaunselor, Kedutaan Jepun. Dalam Majlis Pelancaran tersebut, sijil penghargaan diberikan kepada Rakan Strategik Projek Perintis (pengitar semula dan pengumpul e-waste dari isi rumah) yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sr. Dr. Azimuddin Bahari, di atas kerjasama aktif dalam menjayakan Projek Perintis. Video baru yang dihasilkan untuk peningkatan kesedaran masyarakat juga ada ditunjukkan ketika majlis.

Hubungi Kami

Bahagian Bahan Berbahaya,
Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Alam Sekitar dan Air,
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli,
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya, Malaysia.

Talian Aduan

Talian Aduan: 03-8889 1972
Talian Hotline: 1-800-88-2727
Talian Umum: +603-8871 2000/2200
Faks: +603-8888 9987 /+603-8888 6120
Emel: ewaste_hh@doe.gov.my

Jumlah Kunjungan

Pengunjung: 709
Hari Ini: 3
Jumlah: 787630

Ikuti Kami