LIBAT URUS JAS-JICA BAGI PEMBANGUNAN SISTEM E-MANIFEST DI BAWAH PROJEK PERINTIS PENGURUSAN PENGUMPULAN DAN PEMEROLEHAN KEMBALI E-WASTE DI MALAYSIA

Tarikh : 24 Mei 2023
Masa : 2.30 p.m. – 4.00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat Melati

Bahagian Bahan Berbahaya, Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan bagi memuktamadkan sistem E-Manifest yang berfungsi menyimpan maklumat pergerakan e-waste daripada pusat dan tempat pengumpulan e-waste ke premis pemerolehan kembali e-waste. Sistem ini akan digunapakai dalam projek perintis mekanisme pengurusan e-waste melibatkan beberapa premis yang dijangka dilaksanakan dengan kerjasama JAS-JICA bermula Jun 2023 sehingga November 2023. E-Manifest ini diharapkan akan dapat mengawal dan memastikan aliran e-waste ke premis yang berdaftar dengan JAS.